❝ loving him was RED ❞
Home Facebook twitter youtube follow
Robert Pattinson, Why You! posted at 8:02 pm


 

Yeah, I dreamt of him!

Sekarang of course orang dok sibuk pasal Twilight : Breaking Dawn Part 2 op? Dah tengok ke? Terengganu ni wayang jauh ekpun dari bandar, so kena pegi Kemaman baru lepas nak tengok.  Ain tak tengok lagi. Tak pernah tengok pun. Haha.

"Ain couple dengan Robert Pattinson. Ain selalu ikut dye pergi set, berlakon. Ain tak sedar dalam mimpi ni ada ke tak Kristen. Robert baik, kalau berehat dari shooting, selalu datang kat Ain. Kitorang dah macam sweet couple gitu. Haha."

Mimpi Ain panjang gak la, tapi Ain tak ingat mana kejadian yang kat tengah mimpi tu. Yang Ain ingat, Ain macam ditimpa musibah sikit tapi Ain tak bagitahu pun kat Robert.

"Robert dapat tahu masalah Ain, masa tu Kristen yang selamatkan Ain. Robert datang meluru kat Ain, tanya Ain okay ke tak. Tapi dalam masa yang sama dia marah sebab Ain tak kongsi pun masalah AIn dengan dia. Kristen cakap Ain tak apa-apa, dia pun tarik nafas lega."

Haha. Serius, Ain tak paham kenapa tiba-tiba Ain mimpi pasal dia sedangkan dah lama Ain tak sambung baca novel Twilight. Time Ain duk giler baca novel tu tak mimpi macam ni pulak. Haha. Maybe sebab Ain dah nak kena hantar novel tu kot, dia suh Ain baca sampai habis la tu.

Haha, selamat lah menonton Twilight : Breaking Dawn Part 2 ek?
[ buat iklan kejap ]

Best kan lagu A Thousand Years Part 2. Hehe. Christina Perri!

Love, Nur Ain Nadia Nadzri 
Lelaki Dayus posted at 3:06 pm



BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ‘spoting’ yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit ‘dayus’ kepad dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-

” Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku”

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :

من قتل دون أهله فهو شهيد

Ertinya : “Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid” ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Sekian

Oleh; Ust Dr Zaharuddin Abd Rahman

Love, Nur Ain Nadia Nadzri
♥ ayah ♥ posted at 5:01 pm


APA YANG KITA TIDAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari. Tp tahukah kita, sebenar nya ayah lah yg mengingatkan ibu utk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita. Tp tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dgn wajah yg letih ayahlah slalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian?

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak “sudah diberitahu! jgn minum ais!”. Tp tahukah kamu bahwa ayah sangat risau?

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dgn tegas berkata “tidak boleh!”. Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yg sangat berharga.

Saat kita sudah d percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melangar kpercayaan nya. Maka ayah lah yg setia menunggu kita di ruang tamu dgn rasa sangat risau.

Setelah kita dewasa,ayah telah mghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar.

Di saat kita memerlukan ini-itu, utk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi. Tanpa menolak, beliau memenuhinya. Saat kamu berjaya. Ayah adlh org pertama yg berdiri dan bertepuk tangan untukmu. Ayah akan tersenyum dngan bangga.

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah. Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya. Dan akhirnya. Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya. Ayahpun tersenyum bahagia.

Apa kita tahu, bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis krn ayah sangat bahagia. Dan diapun berdoa “Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik. Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya”.

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita brsma cucu-cucunya yg sesekali dtg utk menjenguk. Dengan rambut yg memutih dan badan yg tak lagi kuat untuk menjaga kita.

* mungkin ramai yang tidak kisah akan kasih sayang seorang ayah ataupun redhanya. Saat kita exam, adakah kita akan meminta ayah mendoakan kita. Kebanyakannya akan meminta doa seorang ibu.

* sedalam dalam hati ayah, ada perasaan mahu melakukan yang terbaik untuk ahli keluarganya.

* answer me, siapa lelaki terbaik yang pernah hidup dalam hidup kalian? yang sanggup berkorban duit, sanggup melukakan dirinya untuk kalian?

p/s:
*Bagi yang masih lagi ada ayah, sayangilah, kasihilah, berbaktilah kepada mereka selagi mereka masih ada.
*Bagi orang yang sudah ketiadaan ayah pula, janganlah bersedih, berdoalah untuk mereka agar mereka ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh. Sentiasalah mendoakan mereka agar mendapat kesejahteraan di akhirat.

Love, Nur Ain Nadia Nadzri
All rights reserved f-allingyou.com
HOME | OLDER ENTRIES ▶


Mahou Shojo
Nur Ain Nadia Nadzri
Sixteenagers | 2012
SMKSS | Terengganu
Tagboard
Karaoke
Misc
Twitter / Formspring / others ?
Credits
Layout and header image by mymostloved with base image, brushes and background.